in

Chong Wei belum fikir jadi jurulatih tapi sedia bantu BAM

Chong Wei 1
Datuk Lee Chong Wei mendedahkan belum bersedia mengisi kekosongan jawatan Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM)

KUALA LUMPUR, 17 Jun – Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mendedahkan belum bersedia  mengisi kekosongan jawatan Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Hal tersebut kerana jawatan yang ditawarkan itu bukan sesuatu tugas yang  mudah dan hanya boleh digalas oleh individu yang layak.

“Saya tak akan terima mana-mana jawatan. Saya tak sedia untuk pegang jawatan ini (pengarah kejurulatihan perseorangan), sebab sekarang ini jawatan saya memang tak mudah.

“Untuk sementara ini saya memang tak fikir untuk jadi jurulatih, saya tak sedia untuk jawatan BAM,” katanya seperti dipetik Bernama.

Semalam, BAM memulakan proses pencarian pengganti Wong Choong Hann, 46, yang meletak jawatan sebagai Pengarah Kejurulatihan Perseorangan, minggu lepas.

Bagaimanapun, Chong Wei mengakui sentiasa terbuka dan bersedia membantu BAM yang sebelum ini telah membentuknya sehingga menjadi seorang legenda badminton.

“Selama 19 tahun saya bersama BAM tidak akan saya lupa. Kalau persatuan itu perlu bantuan, saya mesti tolong, tapi bantu sahaja, 100 peratus dan bila-bila masa sahaja, tapi untuk sepenuh masa di BAM tak boleh,” katanya.

Beliau pada masa sama menasihatkan BAM supaya mencari individu yang tepat bagi menggantikan Choong Hann memandangkan sekarang adalah tempoh kelayakan untuk ke temasya Sukan Olimpik 2024.

“Bila Choong Han letak jawatan bukan senang kita nak cari pengganti, sekarang adalah waktu getir untuk Olimpik dan BAM perlu bertindak cepat mencari orang yang tepat bagi isi jawatan itu,” katanya. nasionalkini.my

Wartawan diserang suspek bertopeng

WhatsApp Image 2023 06 17 at 4.23.45 PM

Demi keprihatinan, KRT Jertih, CBT gotong royong bersih rumah warga emas tinggal sebatang kara