in

Aaron-Wooi Yik ke suku akhir Terbuka Jepun

IMG 20230727 205130 800 x 500 pixel
Mereka meneruskan kemaraan pada Terbuka Jepun selepas menewaskan wakil Indonesia di pusingan kedua

KUALA LUMPUR, 27 Julai – Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik layak ke suku akhir Terbuka Jepun.

Mereka menewaskan wakil Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana 21-12, 21-10 di pusingan kedua hari ini.

Kemaraan Aaron-Wooi Yik itu dilihat menyelamatkan maruah Malaysia selepas enam lagi wakil negara tersekat di pusingan kedua, lapor KOSMO.

Menanti Aaron-Wooi Yik di suku akhir esok wakil tuan rumah, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi yang menewaskan beregu China, Ren Xiang Yu-Tan Qiang menerusi aksi straight set 21-11, 23-21.

Atas kertas, Hoki-Kobayashi dilihat memiliki kelebihan pada perlawanan esok apabila pernah menewaskan Aaron-Wooi Yik sebanyak lima kali dalam tujuh pertemuan sebelum ini.- nasionalkini.my

IMG 20230727 203813 800 x 500 pixel

Man United, PSG berebut Hojlund

IMG 20230727 211356 800 x 500 pixel

Perak FC enggan turun Liga M3