in

3 maut kemalangan 2 kenderaan

IMG 20230528 072620 6 x 4 inch
Gambar hiasan

PETALING JAYA, 28 Mei – Tiga maut dengan dua daripadanya rentung dalam nahas di Kampung Kwong Sai, Segamat, Johor, petang semalam.

Komander Operasi Bomba Segamat, Mazuki Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.24 petang sebelum menggerakkan sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba Segamat.

Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Mercedes-Benz yang dipercayai bertembung kereta jenis Toyota Sienta.

“Kesan kemalangan itu menyebabkan Mercedes-Benz terbakar. Manakala Toyota Sienta terbabas dalam gaung.

“Pasukan bomba bertindak memadamkan kebakaran pada kenderaan terlibat. Sebaik sahaja kebakaran berjaya dipadamkan, pasukan bomba menemui dua mayat dalam kereta yang terbakar,” katanya dalam kenyataan.

Anggota bomba juga mengeluarkan seorang lagi mangsa tersepit dalam Toyota Sienta. Namun, mangsa Chong Jui Chat, 67, disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan.

Semua mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Dalam pada itu, Harian Metro melaporkan, dua mangsa rentung adalah Wong Chee Choy, 62, dan Hoo Kok Yong, 35, manakala mangsa parah Lee Lam Chai, 67. – nasionalkini.my

IMG 20230522 094933 6 x 4 inch

Ada orang ajak PAS sertai Kerajaan Perpaduan

20230513 095601

BWF tolak idea Chong Wei