in

Badi kekalahan Kelantan FC berakhir

Keputusan itu menyaksikan skuad 'The Red Warriors' menyekat impian KCFC meraih kemenangan sulung di laman sendiri - Gambar oleh MFL

KUALA LUMPUR, 21 Julai – Kelantan FC menamatkan rentetan kekalahan dalam 11 perlawanan liga berturut-turut apabila mengikat Kuching City FC (KCFC) 2-2 di Stadium Negeri, sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan skuad ‘The Red Warriors’ menyekat impian KCFC yang terus kempunan meraih kemenangan sulung di laman sendiri pada musim ini.

Kelantan FC bermula agresif dan tekanan di garisan tinggi membantu mereka mendapatkan bola sebelum Mohamad Hafizan Ghazali melepaskan rembatan jarak jauh menewaskan Norazlan Razali untuk gol pembukaan seawal minit keempat, lapor BH.

KCFC jelas lebih banyak memegang bola dan melakukan serangan namun berjaya dipatahkan benteng Kelantan FC yang bertahan dengan sangat kemas.

Peluang KCFC untuk beroleh gol penyamaan menerusi percubaan Mohamad Amirul Shafik Che Soh pada minit ke-26 ditampan keluar penjaga gol pelawat, Muhammad Johan Shahzidane Tendot Johari Tendot.

KCFC terus cuba ‘mengetuk’ pintu gol Kelantan FC dan Johan terus cemerlang apabila menafikan sepakan gunting Abu Kamara tiga minit selepas babak kedua bersambung.

Selepas beberapa kali dikecewakan, Kamara akhirnya menemui jaringan pada minit ke-58 sekali gus menyamakan kedudukan sebelum menyempurnakan penalti pada minit ke-65 untuk KCFC memimpin perlawanan.

Norazlan bagaimanapun sekali lagi tertewas dengan percubaan jarak jauh, kali ini menerusi jaringan Natanale Siringo Ringo pada minit ke-79 sekali gus kedudukan 2-2 kekal hingga tamat perlawanan.- nasionalkini.my

Kontrak seumur hidup untuk Mbappe

palestin 1

Masyarakat antarabangsa digesa campur tangan henti keganasan Israel