in

Nassuruddin MB baharu Kelantan

Gambar oleh Sinar Harian

KOTA BHARU, 15 Ogos – Ketua Penerangan PAS Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud sah dilantik Menteri Besar Kelantan yang baharu selepas mengangkat sumpah untuk jawatan itu di hadapan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Istana Negeri Kubang Kerian di sini petang tadi.

Hadir sama Tengku Mahkota, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra.

Pelantikan itu sekali gus menamatkan teka-teki siapa yang akan dilantik selepas Menteri Besar sebelum ini Datuk Ahmad Yakob memutuskan untuk berundur akibat masalah kesihatan, lapor Sinar Harian.

Mohd Nassuruddin mengangkat sumpah pada jam 5.56 petang sebagai MB ke-19 Kelantan pada Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

Wakil rakyat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Meranti itu dilantik selepas PAS yang mengetuai gabungan Perikatan Nasional (PN) bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menang 43 daripada 45 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lalu.

Pada PRN itu, Mohd Nassuruddin yang merupakan penyandang kerusi DUN Meranti berjaya mempertahankan kawasan itu apabila menang dengan mojoriti 9,154 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Zahri Omar.

Panglima Perang PAS Kelantan itu memperoleh undian sebanyak 13,260 sementara Zahri 4,106 undi.- nasionalkini.my

Ahmad Samsuri angkat sumpah MB Terengganu penggal kedua

Ringgit susut berbanding dolar