in

Pengundi Kelantan pilih PAS

Gambar hiasan

KOTA BHARU, 12 Ogos – PAS terus mencipta sejarah dengan mengekalkan kemenangan di Kelantan selepas memperoleh majoriti mudah 23 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN), setakat jam 10 malam tadi.

Gabungan Perikatan Nasional (PN) itu sah mendapat majoriti mudah apabila memenangi 23 kerusi daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Gabungan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) memperoleh dua kerusi iaitu BN di DUN Galas, manakala Parti Amanah Negara (AMANAH) diumumkan menang di DUN Kota Lama.

Pesuruhjaya PAS, Datuk Ahmad Yakob dan Timbalan Pesuruhjaya PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah masing-masing berjaya mengekalkan kerusi yang ditandingi iaitu DUN Pasir Pekan dan DUN Panchor sebagaimana yang dijangka, lapor BH.

Kemenangan pada PRN itu menyaksikan lima kerusi milik BN iaitu DUN Paloh, DUN Nenggiri, DUN Kok Lanas, DUN Gual Ipoh, DUN Bukit Bunga dan DUN Kuala Balah turut dirampas oleh PAS.

Namun, satu kerusi milik PAS iaitu DUN Kota Lama dimenangi oleh PH menerusi calon dari Parti Amanah Negara (AMANAH), Dr Hafidzah Mustakim.

Sehingga jam 10 malam ini, baki 20 kerusi lagi menyaksikan PAS mendahului kesemua kerusi berkenaan.- nasionalkini.my

badrol

Baddrol Bakhtiar tawan Gurun, jauh meninggalkan lawan

PN sapu bersih kerusi DUN Terengganu