in

Masyarakat antarabangsa digesa campur tangan henti keganasan Israel

palestin 1
Kementerian Luar Negeri dan Ekspatriat Palestin menggesa masyarakat antarabangsa campur tangan bagi menghentikan pencerobohan ke atas wilayah berkenaan.

TEBING BARAT, 21 Julai – Kementerian Luar Negeri dan Ekspatriat Palestin  menggesa masyarakat antarabangsa campur tangan bagi menghentikan pencerobohan pengganas Israel ke atas rakyat, tanah, harta benda dan kedaulatan wilayah tersebut.

Kementerian itu dalam kenyataan mengutuk tindakan pasukan pendudukan dan Israel menyerbu bandar Nablus, yang mengakibatkan kematian Badr al-Masri, 19, dan ramai yang lain cedera.

Kementerian juga mengutuk pencerobohan peneroka ke dalam Masjid al-Aqsa dan tapak keagamaan, arkeologi serta bersejarah di Tebing Barat.

Ini termasuk aktiviti perobohan yang dilakukan pasukan pendudukan Israel di Kawasan C di Tebing Barat yang diduduki.

“Pelanggaran dan jenayah itu termasuk dalam skim penjajah dan perluasan kawasan telah  melemahkan peluang untuk Palestin mencapai sebuah negara merdeka, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara,” kata kenyataan tersebut, semalam. – Agensi

Badi kekalahan Kelantan FC berakhir

msu

MSU raih anugerah universiti hijau di peringkat global