in

Baddrol Bakhtiar ‘tukar angin’ tinggal dunia bola sepak

Baddrol (kanan) bersama seorang lagi pemain lagenda Kedah, Radhi Mad Din

ALOR SETAR, 15 Julai – Khabar mengatakan pemain kebangsaan, Baddrol Bakhtiar yang menamatkan kontrak bersama Sabah FC didakwa akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Baddrol dikatakan sudah disenarai pendek untuk menjadi calon Perikatan Nasional (PN).

Menurut sumber dalaman PN, Baddrol sememangnya ahli PAS sekali gus melayakkan beliau diangkat menjadi calon mewakili parti itu dalam PRN kali ini.

“Tindakan Baddrol menamatkan kontrak dengan Sabah FC ada ‘ceritanya’.

“Apa yang boleh saya katakan, beliau memang ahli PAS dan namanya ada dalam senarai pendek untuk menjadi calon.

“Namun setakat ini saya tak boleh ulas lanjut kerana urusan calon tertakluk kepada kepimpinan tertinggi parti.

“Pengumuman mengenai calon bertanding dijangka akan dibuat di Kompleks PAS Kedah oleh Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang minggu depan,” katanya ketika dihubungi KOSMO di sini semalam.

Kelmarin Sabah FC mengumumkan pengunduran Baddrol yang juga kapten mereka dari pasukan itu.

Tidak mungkin Baddrol kembali sertai Kedah Darul Aman FC

Menerusi kenyataan dikeluarkan Sabah FC, mereka memaklumkan keputusan itu dibuat melalui persetujuan bersama Baddrol atas sebab yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Sementara itu Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ketika dihubungi pada awalnya berseloroh dengan menyatakan Baddrol merupakan pemain bola sepak dan bukan main politik.

Dalam pada itu Ketua Pegawai Eksekutif Kedah Darul Aman FC menolak kemungkinan Baddrol meninggalkan Sabah FC untuk kembali ke pangkuan Sang Kenari sempena jendela perpindahan kedua yang sedang dibuka.

“Kalau ada yang kata Baddrol akan kembali bersama kami, itu tak benar.

“Saya sendiri pun tak tahu mengapa Baddrol menamatkan kontraknya bersama Sabah FC,” katanya.

Usaha untuk menghubungi Baddrol bagaimanapun tidak berjaya apabila pemain itu tidak menjawab panggilan serta mesej WhatsApp dihantar kepadanya.- nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

RM3 bilion untuk tanam padi 2 tahun 5 musim

Yong Tau Foo Terbaik Kuantan sedia kejutan untuk pelanggan