in ,

Wanita curi rantai di tapak Jom Heboh diberkas polis, miliki 6 rekod jenayah lampau

taktik1
Wanita yang miliki enam jenayah lampau itu direman bagi membantu siasatan

KUALA LUMPUR, 4 Jun – Taktik seorang wanita yang  mencuri rantai leher seorang kanak-kanak perempuan di tapak karnival Jom Heboh di Shah Alam akhirnya mendapat habuan apabila berjaya diberkas polis semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, tangkapan dibuat ke atas suspek susulan rakaman dan laporan oleh seorang wanita di lokasi terbabit.

“Pengadu yang mengunjungi tapak karnival itu merakamkan kejadian semasa suspek yang mengambil rantai leher dengan cara memotong dengan sesuatu objek sebelum menarik rantai leher daripada kanak-kanak perempuan dan insiden berkenan berlaku  ketika ramai orang

“Laporan polis dibuat pada malam tadi sejurus selepas kejadian curi rantai leher terbabit kira-kira pukul 5.40 petang.

Mohd Iqbal Ibrahim
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim

“Siasatan awal mendapati suspek mengambil kesempatan memotong rantai dengan objek sebelum menarik rantai leher kanak-kanak itu” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, suspek kemudian ditahan di sekitar lokasi sama berdasarkan rakaman video tersebut.

“Semakan lanjut mendapati wanita itu mempunyai enam rekod jenayah lampau berkaitan kes kecurian. 

Suspek kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menyalurkannya kepada Pegawai Penyiasat, Sarjan Mohd. Norazizi Samsuri di talian 014-9472881 atau balai polis berdekatan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada ketika mengunjungi lokasi tumpuan dengan mengelak memakai barangan berharga.

Terdahulu, tular video seorang kanak-kanak yang memakai rantai leher emas diragut seorang wanita bertudung coklat dan bertutup litup  ketika berada di karnival tersebut tular.

Video kejadian itu dirakam secara tidak sengaja oleh ibu saudara kanak-kanak terbabit dan telah mendapat lebih 1.4 juta tontonan di TikTok setakat ini. – nasionalkini.my

ahmad said trg

Jual tanah kerajaan : Ahmad Said ajak MB Terengganu berdebat

peja 1

PRN: Faizal Azumu sahkan tidak bertanding