in ,

PRN: Faizal Azumu sahkan tidak bertanding

peja 1
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengesahkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN)

SEREMBAN, 4 Jun – Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengesahkan  tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

Katanya, walaupun baharu dilantik sebagai Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sembilan dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan, jawatan itu bukan batu loncatan untuk bertanding dalam PRN.

Sebaliknya, tugas diberikan hanya untuk memastikan jentera pilihan raya Bersatu dan PN dapat digerakkan dengan cekap dan berkesan di negeri itu.

“Walaupun saya telah dilantik memegang jawatan Bersatu dan PN di negeri ini (Negeri Sembilan), saya boleh membuat pengakuan bahawa saya tidak akan bertanding mana-mana kerusi di keenam-enam negeri.

“Tugas saya adalah menghambakan diri untuk menggerakkan jentera parti bagi hadapi PRN. Itu sahaja,” katanya seperti dipetik Malaysiapost.com.my

 Terdahulu beliau  mempengerusikan mesyuarat Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sembilan, hari ini.

Mesyuarat sulung yang dipengerusikan oleh Ahmad Faizal dibuat selepas menggantikan Datuk Eddin Syazlee Sith.

Ahmad Faizal menjelaskan, pimpinan tertinggi Bersatu telah membuat keputusan supaya beliau menggantikan Eddin Syazlee dengan tujuan melicinkan gerak kerja PRN di negeri ini.

“Kami tidak mempunyai apa-apa masalah dari segi kepemimpinan di Negeri Sembilan sebelum ini,” katanya.

Beliau pada masa sama beliau melihat potensi PN untuk menawan kerajaan negeri cukup besar selain  telah menetapkan agar kepimpinan pusat datang membantu jentera pilihan raya di semua kerusi DUN di Negeri Sembilan. – nasionalkini.my

taktik1

Wanita curi rantai di tapak Jom Heboh diberkas polis, miliki 6 rekod jenayah lampau

lee chong wei lin dan 1

Chong Wei, Li Dan layak berada di Hall of Fame – BWF