in

MB Pahang arah tangkap dan dakwa pencuri aset kerajaan negeri

tangkap aser
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menegaskan tindakan kompaun tidak akan menjadikan golongan itu serik kerana mereka mampu membayar denda

 KUANTAN, 22 Julai -Mana-mana pihak yang didapati bersalah mencuri hasil negeri Pahang terutama meneroka tanah dan lombong haram kini tidak lagi  dikenakan kompaun lagi seperti amalan sebelum ini Sebaliknya, akan diheret ke muka pengadilan.

 Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menegaskan tindakan kompaun tidak akan menjadikan golongan itu serik berikutan mereka mampu membayar denda daripada hasil lumayan yang dikaut daripada aktiviti haram tersebut.

”Kali ini kerajaan negeri akan bertindak habis-habisan. Kita ingin meminimumkan, kalau boleh kita sifarkan penerokaan tanah haram dan pelombangan haram, apa sahaja aktiviti yang bersabit aset kerajaan negeri, kita tidak benarkan sama sekali diceroboh.

wan rosdy
Wan Rosdy menegaskan tindakan kompaun yang dikenakan kepada pihak atau syarikat yang mencuri aset kerajaan sebalik akan dibawa ke muka keadilan

”Sepatutnya hasil itu dipulangkan kepada kerajaan negeri, tapi bila haram ia menjadi sebaliknya. 

Saya sudah minta setiausaha kerajaan negeri, pegawai daerah supaya tiada lagi kompaun,  buat tangkapan dan terus dakwa,” katanya.

Wan Rosdy menegaskan tindakan kompaun yang dikenakan sebelum ini menampakkan seolah-olah pihak kerajaan negeri tidak selain tidak memberi kesan kepada pencuri berkenaan.

 Sehubungan itu beliau mengarahkan individu terlibat dibawa ke muka pengadilan.

Beliau pada masa menggesa pihak berkenaan membuat permohonan secara rasmi bagi mengelak tindakan diambil.

Kelmarin, Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) menahan enam lelaki yang dipercayai melakukan aktiviti perlombongan bahan mineral dipercayai bauksit tanpa lesen atau pajakan yang sah di Kuantan. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 07 22 at 4.40.36 PM

Anak mekanik ‘tawan’ lautan

bayi

Bayi lelaki ditinggal atas buaian depan rumah