in ,

UMNO Selangor nafi desak Rafizi letak jawatan

umno fitnah
UMNO Selangor dalam satu kenyataan berkata, surat tersebut adalah palsu dan berunsur fitnah terhadap kepimpinan UMNO negeri

Oleh Aliah Ramli

KUALA LUMPUR, 22 Jun – UMNO Selangor menafikan pihaknya mendesak Rafizi Ramli melepaskan jawatan sebagai Menteri Ekonomi seperti terkandung dalam sekeping surat yang tular di media sosial pada Khamis.

UMNO Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan, surat tersebut adalah palsu dan berunsur fitnah terhadap kepimpinan UMNO negeri.

WhatsApp Image 2023 06 22 at 9.33.38 PM
Surat yang dikeluarkan UMNO Selangor menafikan desakan kepada Rafizi Ramli supaya melepaskan jawatanya.

“Berita palsu seumpama ini sememangnya mempunyai agenda jahat untuk menjejaskan imej dan reputasi kepimpinan UMNO Selangor dan Kerajaan Perpaduan dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Selangor (PRN) yang akan datang,” katanya, hari ini.

Dalam pada itu, UMNO Selangor akan terus komited bagi mengukuhkan kestabilan politik tanah air dan menyambut baik kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.

Terdahulu tular surat menggunakan kepala surat UMNO Selangor mendesak Rafizi melepaskan jawatan Menteri Ekonomi

Surat bertarikh 22 Jun itu ditandatangani Setiausaha UMNO Selangor, Datuk Wira Abdul Mutalif Abdul Rahim dan diberi salinan kepada Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Wira Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin serta Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Dalam surat itu menyatakan Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan gagal menyelesaikan masalah ringgit yang merudum dan mengakibatkan kos sara hidup rakyat bandar meningkat.

Surat sama menyebut Rafizi perlu melepaskan jawatan demi kelangsungan mempertahankan negeri berstatus bandar seperti Selangor dan Pulau Pinang pada PRN kali ini.

Jawatan Rafizi itu perlu diganti dengan pemimpin berpengalaman dan mempunyai rekod yang baik serta mencadangkan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dilantik sebagai Menteri Ekonomi yang baharu

sihat

Tun Taib Mahmud sihat, henti tular berita palsu

jertih mural

Mural karya seni komuniti tempatan ceriakan  bandar Jertih