in

RM13.93 bilion diperlukan untuk projek rakyat Melaka

IMG 20230516 WA0001
Datuk Seri Ab Rauf Yusoh

Oleh Yusuf Shafie

MELAKA, 15 Jun – Kerajaan Melaka sudah mengemukakan permohonan berjumlah RM13.93 billion bagi melaksanakan 330 projek rakyat di seluruh negeri ini.

Permohonan itu adalah di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata, sebanyak 10 projek perlu diberi keutamaan antaranya naik taraf dan pemodenan infrastruktur E-Tanah dan naik taraf infrastruktur lot tanah industri Kawasan Perindustrian Melaka Halal Hub fasa dua.

Projek lain pula antaranya pembangunan projek eko pelancongan fasa dua di Kampung Paya Lebar, Masjid Tanah; naik taraf dan bina baru jalan empat lorong Persisiran Pantai dari Hatten City ke Semabok – Pasar Jasin selain Akademi Kemahiran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) negeri.

“Kita juga perlu menaik taraf kemudahan sedia ada dan lain-lain kerja fasiliti sukan di bawah seliaan Majlis Sukan Negeri Melaka.

“Turut perlu diberi tumpuan adalah kerja naik taraf ruang di bangunan tambahan Hospital Melaka untuk dijadikan Makmal Jantung Invasif dan naik taraf Wad Jantung, Jabatan Perubatan Hospital Melaka.

“Begitu juga dengan kerja membangunkan kampus baharu Politeknik Melaka serta pembinaan Kompleks Perpaduan bagi Daerah Melaka Tengah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Sesi Libat Urus Kajian Separuh Penggal RMKe-12 di sebuah hotel di Banda Hilir, di sini, hari ini.

Sesi libat urus itu dihadiri Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Ab Rauf turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Persekutuan kerana meluluskan RP3 untuk tahun ini berjumlah RM7.05 bilion untuk 204 projek di Melaka.

Antara projek diterima adalah naik taraf Jalan Tun Hamzah ke Persimpangan Semabok – Lebuh Alor Gajah – Melaka Tengah – Jasin membabitkan kos RM300 juta.

Turut diterima adalah projek membina blok wanita dan kanak-kanak Hospital Melaka yang dilengkapi 476 katil dengan jumlah peruntukan RM700 juta. – nasionalkini.my

20230503 064357

Pengeluaran KWSP bersasar wajar dibenarkan

354256241 797984141776989 3505791482935330784 n

Tahniah SP Setia, Sime Darby dan KSWP – Agong