in ,

Bersatu terpesong objektif awal – Dr Muhammad Faiz

faiz
Dr Muhammad Faiz mendakwa, parti sudah terpesong dari objektif awal penubuhannya yang kononnya untuk menggantikan UMNO

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Dr Muhammad Faiz Na’aman mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu termasuk berhenti sebagai ahli parti itu.

Beliau juga mendakwa, parti itu sudah terpesong dari objektif awal penubuhannya untuk menggantikan UMNO, dengan memberi lebih ruang kepada ramai orang muda dan muka baharu, terutama yang mempunyai latar belakang bersih, berkelulusan akademik, dihormati dan mereka setia dengan parti dari mula.

Bagaimanapun tegas beliau keputusan kepimpinan parti yang seringkali mengabaikan suara akar umbi, pengasas awal dan teguran jentera bawahan menyebabkan parti itu telah mengalami kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.

“Sejarah itu juga dilihat bakal berulang dalam PRN di enam negeri terutama untuk kerusi-kerusi Bersatu dalam PRN Selangor sekarang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau kemudian mengutuskan surat kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari ini mengenai keputusannya itu.

Keputusan yang dibuat katanya dilakukan secara sukarela dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak.

“Keputusan yang saya ambil ini itidak dipengaruhi oleh mana-mana pihaik, dibuat secara sukarela dan berdasarkan prinsip yang saya pegang di mana saya tidak boleh lagi mewakili kepimpinan parti kerana mempunyai pertentangan pendapat, idea serta visi mengenai pengurusan serta hala tuju Bersatu.

Jelasnya, pemberhentiannya sebagai ahli parti berkenaan dibuat secara berat hati memandangkan beliau antara orang muda terawal menyertai Bersatu. – nasionalkini.my

Langkah kanan Arsenal untuk saingan EPL 2023/2024

Nurul Hasrina bangkit lepas hilang kaki akibat kemalangan