in

Keputusan PRN bukti penolakan besar-besaran orang Melayu terhadap kerjasama PH-BN

PN
Muhyiddin menggesa Anwar Ibrahim dan Zahid Hamidi yang menerajui gabungan ini mesti mengambil tanggungjawab moral susulan penolakan besar-besaran orang Melayu terhadap parti tersebut.

KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu bertanggungjawab dan meletakkan jawatan susulan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini di enam negeri Semenanjung Malaysia.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin berkata, keputusan PRN menunjukkan penolakan besar-besaran orang Melayu terhadap kerjasama politik antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

“Benarlah pilihan raya ini merupakan referendum penolakan rakyat terhadap kerajaan gabungan PH dan BN.

Anwar Ibrahim dan Zahid Hamidi yang menerajui gabungan ini mesti mengambil tanggungjawab moral dengan meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan timbalan perdana menteri,” katanya seperti dipetik portal tempatan, hari ini.

PRN enam negeri itu menyaksikan penambahan sokongan PN di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Harapan (PH), dengan 11 kerusi di Pulau Pinang, 22 kerusi di Selangor dan lima di Negeri Sembilan.

Di Selangor, PN menafikan majoriti dua pertiga yang sebelum ini dimiliki PH.

Parti keramat Melayu yang selama ini menjadi tunjang BN pula hanya menang 19 kerusi daripada 108 kerusi yang ditandingi.

Malah, tewas semua kerusi di Terengganu dan hanya memenangi satu kerusi masing-masing di Kelantan dan Pulau Pinang, dua di Selangor dan 10 di Negeri Sembilan.

Seramai 146 calon PN berjaya menang daripada keseluruhan 245 kerusi. – nasionalkini.my

pas 1

Pembangkang lenyap di DUN Terengganu, PAS menang bergaya

Debaran Klopp berdepan Chelsea