in

Tingkat pemeriksaan pantau penipuan label beras

356913279 807235547434995 8003662420706246988 n
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR, 3 Julai – Badan Kawal Selia Beras dan Padi (BKSBP) telah diarahkan untuk meningkatkan pemeriksaan dan pemantauan serta mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati terlibat dengan aktiviti menukar label beras untuk mengaut keuntungan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, ia selepas media melaporkan mengenai aduan orang ramai berhubung perkara tersebut.

“Saya dan kementerian memandang serius dakwaan di mana ada pengilang yang menukar label beras untuk mengaut keuntungan melalui beberapa laporan media dan aduan dari orang ramai sejak tiga minggu lepas.

“Justeru saya telah mengarahkan Badan Kawal Selia Beras dan Padi untuk meningkatkan pemeriksaan dan pemantauan serta mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati terlibat dengan penipuan ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya, beliau telah meminta pihak BKSBP menyediakan talian Hotline untuk memudahkan orang ramai menyalurkan terus sebarang maklumat mengenai bekalan atau penipuan yang berlaku melalui email rasmi [email protected] atau melalui nombor yang tertera dalam poster ini.

Sebelum ini media melaporkan mengenai tindakan segelintir pemborong beras didakwa cuba memanipulasi harga kawalan yang ditetapkan kerajaan dengan menukar kampit beras tempatan kepada kampit beras import.

Taktik itu dipercayai dilakukan kerana harga beras import tidak dikawal kerajaan, sebaliknya hanya diapungkan, manakala harga beras tempatan ditetapkan pada RM26 untuk beg 10 kilogram (kg). – nasionalkini.my

c10273c7 1443 4d8b 862c 3b9af148497e

Mesin pengimbas Kastam di KLIA akan segera dibaiki – Ahmad Maslan

WhatsApp Image 2023 07 03 at 5.17.30 PM 1

Maut makan ikan buntal, tunggu maklum balas pihak pendakwaan