in ,

Ibu tunggal didakwa terima pelaburan tanpa lesen RM581,000

WhatsApp Image 2023 07 11 at 3.29.06 PM
Tertuduh Noryani Abdullah, 56, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka hari ini atas pertuduhan menerima deposit wang pelaburan tanpa lesen berjumlah lebih RM581,000 tiga tahun lalu.

Oleh Yusuf Shafie

MELAKA, 11 Julai – Seorang ibu tunggal berdepan hukuman 20 tahun penjara di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan menerima deposit wang pelaburan tanpa lesen berjumlah lebih RM581,000 tiga tahun lalu.

Tertuduh Noryani Abdullah, 56, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik dua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa pada prosiding berasingan di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail dan Darmafikri Abu Adam.

Berdasarkan pertuduhan, wanita itu didakwa telah menerima deposit wang pelaburan daripada Fatimah Abdullah, 61, berjumlah keseluruhan RM581,000 antara 8 Januari 2020 sehingga 26 Oktober 2020 dan 16 Februari 2021 sehingga 24 September 2021 di Maybank Cawangan Jalan Hang Tuah dalam daerah Melaka Tengah.

Wang itu dimasukkan ke dalam akaun Maybank tertuduh untuk tujuan perniagaan pelaburan tanpa suatu lesen yang sah di bawah Seksyen 10 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Sabit kesalahan boleh dihukum sehingga 10 tahun atau denda tidak melebihi RM50 juta atau kedua-dua sekali, bagi setiap pertuduhan mengikut Seksyen 137(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Akta 758) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 137 (2) akta sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Puteri Nur Nadia Mohamed Iqbal serta Aliff Asraf Anuar Sharuddin masing-masing menawarkan jaminan sebanyak RM30,000 dan RM20,000 dengan seorang penjamin.

Peguam Andrew Lourdes yang mewakili tertuduh bagaimanapun merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan tertuduh tidak bekerja, mengidap sakit diabetes dan mempunyai enam anak.

Selepas mendengar rayuan kedua-dua belah pihak, mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM45,000 dan memerintahkan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 11 Ogos ini sebagai sebutan semula kes. – nasionalkini.my

Facebook Alexander Nanta Linggi 800x440 1

Laporan penuh tragedi Batang Kali sudah lengkap – Alexander

WhatsApp Image 2023 07 10 at 6.45.15 PM

LA Lighting, kedai lampu pilihan pertama