in

Maut makan ikan buntal, tunggu maklum balas pihak pendakwaan

WhatsApp Image 2023 07 03 at 5.17.30 PM 1
Gambar hiasan

Oleh Luth Adwa

BATU PAHAT, 3 Julai – Belum ada maklum balas diterima setakat ini selepas laporan kejadian pasangan warga emas yang maut selepas makan ikan buntal beracun diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon, berkata, terdapat kekangan pada ketika ini disebabkan kekeliruan dua akta iaitu Akta Makanan 1983 dan Akta Ikan (Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

“Wujud kekeliruan sama ada ia terletak di bawah kuasa Jabatan Perikanan atau Kementerian Kesihatan. untuk mengambil tindakan,” katanya selepas melawat Klinik Kesihatan Ayer Hitam di sini.

Keluarga pasangan Eng Kuai Sin@ Ng Chuan Sing, 84, dan Lim Siew Guan, 83, dilaporkan mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak bertanggungjawab selain mendakwa dinafikan hak untuk mendapatkan laporan toksikologi berkaitan kematian warga emas terbabit pada Mac dan April lalu.

Mereka mendakwa sudah cuba meminta laporan toksikologi tetapi dinafikan atas alasan perlu diluluskan oleh penasihat undang-undang.

Tian Soon berkata, pihaknya sudah mengadakan perbincangan termasuk dengan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa supaya Kementerian Kesihatan menjadi ‘lead agency’ dalam kes seperti ini.

“Ini membolehkan Kementerian Kesihatan menambah baik akta terbabit dan kementerian juga mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan. Langkah ini membolehkan peranan penguatkuasaan lebih jelas, siapa patut ambil tindakan jika perkara ini berlaku,” katanya. – nasionalkini.my

356913279 807235547434995 8003662420706246988 n

Tingkat pemeriksaan pantau penipuan label beras

WhatsApp Image 2023 07 03 at 7.06.06 PM

Hadi Baya bukan wakil masyarakat Orang Asli Johor