Oleh Yusuf Shafie
MELAKA, 3 Julai – Kerosakan enam daripada tujuh mesin pengimbas Jabatan Kastam Diraja Malaysia, (JKDM), di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, (KLIA) yang dilaporkan rosak dibaikpulih hari ini.
Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kerja-kerja membaik pulih enam mesin pengimbas berkenaan melibatkan kos lebih RM1 juta.
“…teguran Perdana Menteri semalam maka kita mula baiki hari ini dan ianya akan disiapkan secepat mungkin.
“Kementerian Kewangan tiada sebarang halangan untuk meluluskan sebarang peruntukan baik pulih yang dikemukakan daripada mana-mana agensi atau jabatan kerajaan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Kursus Integriti Akademi Kastam Diraja Malaysia bersama World Customs Organisation, (WCO) dan Regional Office for Capacity Building, (ROCB) di Bukit Baru, di sini hari ini.
Hadir sama, Ketua Pengarah JKDM Datuk Zazuli Johan.
Mengulas lanjut, Ahmad, berkata Kementerian Kewangan mempunyai kaedah lain untuk meluluskan peruntukan bagi keadaan luar jangka termasuk melibatkan kerosakan alat pengimbas berkenaan.
Sementara itu, Zazuli berkata, kawalan agensi berkenaan di KLIA tidak bergantung kepada mesin pengimbas semata-mata.
Sebaliknya agensi itu juga mempunyai beberapa kaedah lain dalam melindungi keselamatan di pintu masuk utama negara.
“Antara kaedahnya termasuklah pemerhatian pegawai di lapangan terhadap kehadiran penumpang yang baharu tiba dari mana-mana negara,” katanya
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dilaporkan berkata, beliau mendapati hanya satu daripada tujuh mesin pengimbas barangan beroperasi di KLIA dan mahu ia segera diperbaiki. – nasionalkini.my