in ,

Tiga maut akibat denggi minggu lalu

353447105 650764330418907 2496814610962277538 n
iga kematian akibat demam denggi dilapor pada minggu lepas, menjadikan jumlah kematian tahun ini meningkat kepada 34 orang berbanding 12 orang bagi tempoh yang sama tahun lepas.

KUALA LUMPUR – Tiga kematian akibat demam denggi dilapor pada minggu lepas, menjadikan jumlah kematian tahun ini meningkat kepada 34 orang berbanding 12 orang bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, jumlah kumulatif kes demam denggi dari Januari hingga 3 Jun meningkat sebanyak 158 peratus dengan 48,712 kes dilaporkan berbanding 18,883 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

“Pada Minggu Epidemiologi ke-22 (28 Mei hingga 3 Jun), beliau berkata, jumlah kes demam denggi adalah sebanyak 2,455 kes berbanding 2,638 kes pada minggu sebelumnya iaitu penurunan sebanyak 183 kes.

“Tiga kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-22 (ME22) tahun ini,” katanya dalam kenyataan mengenai situasi semasa demam denggi di sini hari ini.

Mengenai bilangan lokaliti hotspot pada ME22, beliau berkata, ia menunjukkan peningkatan dengan 82 lokaliti hotspot dikesan berbanding 72 pada minggu sebelumnya.

“Sebanyak 62 lokaliti berada di Selangor, sembilan lokaliti di Pulau Pinang, lima lokaliti di Kuala Lumpur dan Putrajaya, empat lokaliti di Sabah serta masing-masing satu lokaliti di Kedah dan Perak,” katanya. – nasionalkini.my

353611605 796337431941660 8142894124254563959 n

Tahniah Kontinjen Paralimpik Malaysia ke Sukan Para ASEAN – Agong

WhatsApp Image 2023 06 12 at 7.24.46 PM 1

22 tahun menipu akhirnya makan diri