in

3 beranak maut pokok hempap kereta

IMG 20230806 015653 800 x 500 pixel
Tiga maut dan dua cedera manakala lima lagi terselamat dalam kejadian pokok menghempap dua kenderaan di Kampung Bukit Cina, Kok Lanas, Kota Bharu, malam tadi - Gambar oleh BH

KOTA BHARU, 6 Ogos – Tiga maut dan dua cedera manakala lima lagi terselamat dalam kejadian pokok menghempap dua kenderaan di Kampung Bukit Cina, Kok Lanas, di sini, malam tadi.

Mangsa maut dikenalpasti sebagai pasangan suami isteri, Nik Mohd Zulmi Ramli, 44, dan Nik Amirah Ab Rahman, 40, serta anak bongsu mereka, Nik Aishah Azzahra, 5.

Ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia ditempat kejadian.

Dua lagi anak pasangan itu, Nik Adilia Zulaikha, 11, dan Nik Adam Zarif, 9, cedera dan dibawa ke Hospital Machang untuk rawatan lanjut.

Kejadian itu berlaku jam 8.04 malam ketika Nissan Sentra yang dinaiki mereka sedang melalui kawasan berkenaan dari arah Machang ke Kota Bharu.

Lima yang terselamat pula adalah pasangan suami isteri, Shamsiemon Mukhtar, 53, dan isteri, Jahnilawati Mohd Zain, 52, serta tiga anak mereka.

Mereka tidak mengalami sebarang kecederaan dan menaiki kereta Honda City ketika melalui kawasan itu dari arah Machang.

Tinjauan BH di lokasi kemalangan mendapati polis masih menjalankan siasatan lanjut.- nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

IMG 20230805 221839 800 x 500 pixel

Kane patut tinggalkan EPL

IMG 20230806 022602 800 x 500 pixel

Azizulhasni tersingkir awal