in

Tahniah Kontinjen Paralimpik Malaysia ke Sukan Para ASEAN – Agong

353611605 796337431941660 8142894124254563959 n

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Kejayaan cemerlang kontinjen Paralimpik Malaysia ke Sukan Para ASEAN ke-12 Kemboja 2023 mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang menzahirkan ucapan tahniah atas kejayaan membanggakan itu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara menerusi Facebook hari ini, Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa sukacita dengan pencapaian kontinjen negara itu, dengan sasaran pungutan 30 pingat Emas, telah berjaya membawa pulang 50 pingat Emas, 38 pingat Perak dan 34 pingat Gangsa.

” Seri Paduka Baginda berduamenzahirkan penghargaan kepada barisan kepimpinan Majlis Paralimpik Malaysia, para jurulatih dan individu-individu di belakang tabir atas kejayaan yang membanggakan para pemimpin dan pelbagai lapisan rakyat Malaysia.

“Ianya telah membuktikan sekali lagi bahawa dengan iltizam, semangat perjuangan yang tinggi dan usaha yang bersungguh-sungguh, kita mampu bersaing dan berjaya melepasi sasaran kita.

“Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan harapan agar prestasi hebat para atlit Kontinjen Paralimpik Malaysia itu bukan sahaja dapat dikekalkan, malah dipertingkatkan di kejohanan-kejohanan mendatang,” katanya kenyataan itu. – nasionalkini.my

336546620 1409119179892135 7564844897494609978 n

RM771,600 untuk dua hospital di Johor

353447105 650764330418907 2496814610962277538 n

Tiga maut akibat denggi minggu lalu