in ,

MPV rempuh taska, tiga termasuk kanak-kanak cedera

tass 1689490300
eadaan kereta yang merempuh sebuah taska sehingga menyebabkan dua kanak-kanak dan seorang guru cedera. Foto ihsan polis

KEMAMAN, 16 Julai – Tiga mangsa termasuk dua kanak-kanak cedera apabila sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora yang mengundur merempuh sebuah taska di Taman Sri Chukai, Jalan Pengkalan Sir, di sini, hari ini.

Kemalangan kira-kira jam 7.30 pagi menyebabkan Dhia Alisha Saffiya Mohd Faiz, tiga tahun dan Mohd IIhasiq Azmi Mohd Ridwan, satu tahun; masing-masing cedera di muka serta kepala.

Guru taska, Nurul Ain Idris, 31, dilaporkan luka di bahagian mulut.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, kemalangan berlaku membabitkan sebuah Proton Exora dipandu warga emas berusia 72 tahun.

“Sebelum kejadian, pemandu kereta terbabit dikatakan mengundur kenderaan yang dipandunya itu untuk keluar dari rumahnya yang terletak di depan taska terbabit.

“Ketika mengundur keluar dari halaman rumahnya itu, mangsa dikatakan secara tiba-tiba tertekan pedal minyak sebelum hilang kawalan.

“Keadaan itu menyebabkan kenderaan yang dipandu mangsa melanggar bangunan taska terbabit dengan jarak kira-kira lima meter dari rumahnya,” katanya.

Hanyan berkata, berikutan kejadian itu, ketiga-tiga mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kemaman dan mendapat rawatan di zon hijau hospital berkenaan. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 07 16 at 1.22.50 PM

DJ Lin terharu dengan sokongan peminat

116452241 625278724768566 9119679600872009109 n

Keistimewaan Dearland Park, bukan taman rusa semata-mata