in

Isu kalimah Allah: Menteri beri jaminan akan bekerjasama dengan KDN

WhatsApp Image 2023 05 16 at 9.04.46 PM

Oleh Iskandar Zulkarnain

KUALA LUMPUR 16 Mei – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memberi jaminan akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam melindungi dasar sedia ada berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

Jaminan itu turut terpakai untuk lain-lain kalimah suci yang ada di dalam agama Islam.

Menterinya, Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar juga yakin, KDN akan meningkatkan pemantauan dan mengambil tindakan tegas berhubung isu tersebut.

Jelasnya, ini terutama terhadap sebarang bentuk pelanggaran pengembangan doktrin atau kepercayaan agama lain dalam kalangan orang Islam selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

“(Kami) mengambil maklum pendirian KDN dalam ketetapan enakmen negeri-negeri dan Yang di-Pertuan Agong pada 7 Februari 2023 yang menzahirkan agar dikekalkan dasar sedia ada yang sedang berkuat kuasa berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

“Kami akan sentiasa menjunjung titah DYMM Sultan Johor dan DYMM Sultan Selangor untuk menjaga kemuliaan dan kesucian agama Islam termasuk penggunaan kalimah Allah,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam memberikan reaksi berhubung isu kalimah Allah yang kini mendapat perhatian ramai.

“Orang ramai dinasihatkan agar bertenang dan mengambil sikap berhati-hati dalam memberi reaksi.

“Ini kerana ia berkaitan isu teknikal perundangan dan mengelak daripada terpengaruh dengan sentimen yang tidak berasas bagi menjamin kesejahteraan dan keharmonian beragama,” katanya lagi. -nasionalkini.my

taska

Taska yang terlibat kes dera ditutup serta-merta

WhatsApp Image 2023 05 16 at 9.27.49 PM 1

Menteri UMNO bangkitkan isu kalimah Allah dalam mesyuarat Jemaah Menteri