in ,

RM771,600 untuk dua hospital di Johor

336546620 1409119179892135 7564844897494609978 n
Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa

PUTRAJAYA, 12 Jun – Sebanyak RM771,600 peruntukan khas telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan bagi pembelian aset perubatan dan bukan perubatan untuk keperluan Hospital Sultan Ismail (HSI) dan Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, peruntukan khas itu bagi pembukaan semula dua wad di hospital berkenaan yang sebelum ini ditutup kerana kekurangan aset perubatan serta sumber manusia.

“Selain itu, waran peruntukan perbelanjaan mengurus sebanyak RM634,916 diturunkan juga kepada Jabatan Kesihatan Negeri Johor bagi perolehan aset bukan perubatan (ABR) untuk memenuhi keperluan mendesak di kedua-dua hospital itu.

“Selain itu, JKN Johor juga akan menerima 35 orang jururawat perjawatan tetap dan perjawatan lain termasuk Penolong Perubatan Kesihatan dan beberapa jawatan kontrak lain sedang menunggu untuk disahkan,” katanya menerusi satu kenyataan media di sini hari ini.

Jelas beliau lagi, selepas lawatan mengejut Menteri Besar Johor ke dua hospital berkenaan Kementerian Kesihatan telah mengambil tindakan segera dengan kerjasama agensi pusat.

” KKM juga akan melaksanakan penyelesaian segera bagi memenuhi keperluan dua buah hospital itu dan perkara itu sedang dalam tindakan KKM dengan kerjasama Agensi Pusat,” katanya. – nasionalkini.my

20230511 101730

Dua beradik antara 11 scammer kena dakwa

353611605 796337431941660 8142894124254563959 n

Tahniah Kontinjen Paralimpik Malaysia ke Sukan Para ASEAN – Agong