in ,

PRN: KPT mempertimbang cuti khas untuk pelajar IPT

SPR pelajar
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang mempertimbangkan untuk memberi cuti khas kepada pelajar di institusi pendidikan tinggi (IPT) sempena Pilihan Raya Negeri yang akan berlangsng 12 Ogos depan

KUALA LUMPUR, 6 Julai – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang mempertimbangkan  untuk memberi cuti khas kepada pelajar di institusi pendidikan tinggi (IPT) sekiranya tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) yang ditetapkan pada 12 Ogos ini bertembung dengan minggu peperiksaan.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata, kementerian sehingga kini  belum mengadakan perbincangan mengenai perkara itu memandangkan pengumuman tarikh mengundi baru dibuat semalam.

“Perincian yang akan dilaksanakan pihaknya adalah melibatkan beberapa perkara termasuk jadual peperiksaan pelajar dan takwim pengajian di kesemua IPT seluruh negara sebelum perbincangan di bawa ke peringkat Kabinet untuk keputusan akhir.

“Kita akan lihat kepada keperluan seandainya hari mengundi itu jatuh pada masa yang sesuai untuk diberi cuti kita akan pertimbangkan dan sekiranya tidak (perlu) kita juga tetap akan melihat kaedah untuk memudahkan pelajar mengundi.

“Buat masa ini kita belum kemukakan (cadangan itu) lagi sebab mungkin kita menunggu ketika sampai masanya yang saya kira tak lama lagilah,” katanya.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon pada 29 Julai ini diikuti pengundian awal 8 Ogos sebelum hari mengundi diadakan pada 12 Ogos.

Pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15), KPT bersetuju memberi pelepasan selama lima hari kepada pelajar untuk pulang menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai pengundi.  – nasionalkini.my

sultan johor

Sultan Johor kemuka pelbagai idea baik program MM2H

polis

PDRM utamakan kenaikan gaji pegawai rendah polis