in

SPRM boleh pantau dan semak pegawai KKD

IMG 20230516 WA0015
Fahmi ketika berucap pada majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Komunikasi dan Digital di Putrajaya, hari ini

PUTRAJAYA 16 Mei – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta membuat semakan dan pemantauan dari semasa ke semasa ke atas semua pegawai di Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dalam memastikan tiada sebarang ketirisan penyelewangan berlaku sekaligus memberi keyakinan kepada orang ramai.

Menteri KKD, Fahmi Fadzil berkata, beliau bersedia dan bersifat terbuka dalam soal itu dan membenarkan badan penguat kuasa khususnya SPRM bebas bertindak dalam melaksanakan tugas mereka.

“SPRM boleh membuat semakan ke atas semua pegawai saya untuk pastikan tidak berlaku penyelewengan. Sekiranya ada yang diambil dan dikenakan tindakan, kita juga akan ambil tindakan.

“Setakat ini tiada sebarang siasatan dilakukan dan tidak berlaku apa-apa perkara tidak diingini lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) 2022 di sini hari ini.

Sebelum ini, saluran Telegram Edisi Siasat mendakwa Fahmi dan Menteri Sumber Asli Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad telah memecat pegawai masing-masing kerana dipanggil SPRM untuk membantu siasatan kes rasuah.

Bagaimanapun, Sabtu lepas Fahmi dan Nik Nazmi menafikan dakwaan pegawai mereka sedang disiasat SPRM selain menyifatkan dakwaan itu adalah palsu dan fitnah yang cuba mencemarkan nama baik dan kementerian mereka. – nasionalkini.my.

IMG 20230516 WA0013

Program Cuti-cuti Cikgu mampu milik antara 10 inisiatif KPM

2152437

Wanita ditahan kes dera bayi di Johor