in

Transaksi tanpa tunai kini di Bukit Fraser

Gambar oleh Tourism Pahang

KUANTAN, 22 September – Kemudahan transaksi tanpa tunai dilancarkan di Bukit Fraser, petang semalam.

Ia adalah antara usaha berterusan kerajaan Pahang dalam menuju ke arah ekonomi digital bagi memudahkan pengguna yang berkunjung ke pusat peranginan itu.

Pelancaran dilakukan Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Leong Yu Man di Dewan Kompleks Sukan Bukit Fraser.

Inisiatif itu adalah hasil kerjasama rapat kerajaan negeri, Bank Negara Malaysia Wilayah Timur dan Maybank Kuantan.

Dengan pelancaran inisiatif bayaran tanpa tunai ini diharap dapat meningkatkan lagi kedatangan pelancong di samping menggalakkan penggunaan aplikasi tanpa tunai yang lebih selesa dan selamat kepada pengunjung ke Bukit Fraser.- nasionalkini.my

Agong lawat NWRC Sungkai

2f30dfc9 2d10 4bc4 ae12 9114f5e133a2

Agong perkenan serah kunci rumah Ru’RASA dengan kerjasama UAE di Temerloh