in

Jurugambar profesional antara pemenang di Bukit Fraser

Peserta yang menyertai Pertandingan Mengenal Burung Antarabangsa Bukit Fraser 2023 bergambar bersama Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Leong Yu Man selepas majlis penyampaian hadiah - Gambar oleh Tourism Malaysia Pahang

RAUB, 19 Jun – Jurugambar profesional, Mohd Nor Hafiz Nor Azam muncul juara kategori gambar burung sempena Pertandingan Mengenal Burung Antarabangsa Bukit Fraser 2023 yang berakhir semalam.

Tempat kedua bagi kategori sama dimenangi Nur Ismail Mohamad manakala Ng Choy Loi pula mendapat tempat ketiga.

Hadiah disampaikan oleh Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Leong Yu Man.

Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Leong Yu Man cuba menggunakan kamera peserta Pertandingan Mengenal Burung Antarabangsa Bukit Fraser 2023 – Gambar oleh Tourism Malaysia Pahang

Turut hadir Pengurus Besar Tourism Malaysia Pahang, Kamaruddin Ibrahim.

Bagi kategori Advance pula, juara diperoleh pasukan Grey Chinned Minivet yang berjaya merakam 75 spesies burung, diikuti Red-Rumped Swallow (69 spesies) dan pasukan Taman Negara Flycatcher pula di tempat ketiga dengan 68 spesies burung berjaya dirakam.

Kumpulan Swallow Girl pula memenangi kategori Novice selepas berjaya merakam 40 spesies burung dalam pertandingan itu.

Tempat kedua diperoleh Ulu Cheka Mena (36 spesies) dan tempat ketiga dimenangi oleh Kumbang Echo 69 (29 spesies).

Pertandingan yang berlangsung Sabtu dan Ahad lalu itu berjaya menarik penyertaan lebih 30 pasukan dari dalam dan luar negara. – nasionalkini.my

IMG 20230619 WA0002

Kelar ibu lepas ditegur buat bising

Dr Hj Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Wan Junaidi dilantik Yang Dipertua Dewan Negara