CAMERON HIGHLANDS, 15 Julai – Seramai 1,956 peserta mengambil bahagian dalam acara larian Cameron Ultra Edisi Ke-6 yang berlangsung pagi tadi.
Pelepasan larian dilakukan Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Leong Yu Man di Dataran Padang, Cameron Highlands.
Turut hadir Pengurus Besar Tourism Pahang, Kamaruddin Ibrahim.
Acara larian itu adalah antara usaha Tourism Pahang mempromosikan destinasi percutian menarik di Pahang.
Edisi ke-6 Cameron Ultra menyaksikan peningkatan penyertaan peserta dari luar negara.
“Seramai 435 peserta dari 36 negara mengambil bahagian dalam acara tahun ini.
“Ini menunjukkan peningkatan 35 peratus berbanding edisi sebelumnya,” kata Tourism Pahang dalam satu kenyataan media di sini.
Cameron Ultra menyediakan lima kategori iaitu 4 kilometer (km) (junior 12-17 tahun); 14 km; 30 km; 60 km dan 100 km (kategori terbuka).
Acara ini adalah antara acara utama dalam kalendar pelancongan negeri ini yang disediakan Tourism Pahang.- nasionalkini.my