in

Solidariti bersama Kerajaan Pahang di Mahkamah Tinggi Kuantan

IMG 20240420 145829 800 x 500 pixel

KUANTAN, 20 April – Blogger kontroversi, Mohd Shukri Mohd Ramli atau lebih popular dengan gelaran Cucu Mat Kilau mengajak orang ramai bersolidariti bersama Kerajaan Pahang di Mahkamah Tinggi Kuantan, Rabu ini.

Dia berkata, kes itu sangat penting untuk imej kerajaan Pahang diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Mohd Shukri Mohd Ramli atau CMK

“Kes pencerobohan tanah secara haram Musang King Raub akan didengar di Mahkamah Tinggi Kuantan pada hari Rabu, 24 April 2024, jam 2.30 petang.

“Permohonan kebenaran untuk semakan kehakiman (Leave ForJudicial Review) lampiran 48 keputusan akan dibaca oleh Hakim Datuk Mohd Radzi Harun.

“Justeru, kami mengajak semua rakyat, terutamanya anak-anak Pahang turun beramai-ramai bagi memberi sokongan kepada Kerajaan Negeri Pahang dalam kes ini,” katanya. — nasionalkini.my

IMG 20240307 232910 800 x 500 pixel

Kor Ming memalukan kerajaan Madani

IMG 20240421 202112 800 x 500 pixel

Tahap jagaan pesakit mental di Sang Riang sangat memuaskan