in

RM280,000 untuk baik pulih SMA Padang Tengku

IMG 20230805 140357 800 x 500 pixel
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail

KUANTAN, 9 Ogos – Kerajaan Pahang meluluskan peruntukan RM280,000 bagi kerja baik pulih Sekolah Menengah Agama (SMA) Al Maidah Addiniah Padang Tengku, dekat Lipis.

Peruntukan itu bagi kerja baik pulih kerosakan sekolah berkenaan akibat kejadian ribut pada 5 Ogos lalu.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kelulusan peruntukan itu dibuat hasil mesyuarat Exco Kerajaan negeri yang diadakan hari ini.

“Oleh yang demikian, menerusi peruntukan ini, kerja penyelengaraan dan pembaikan dapat dilakukan di kawasan yang rosak.

“Saya berharap kerja pembaikan ini dapat disegerakan bagi memberi keselesaan kepada para pelajar, terutamanya yang tinggal di asrama,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Dalam kejadian sekitar jam 10 malam Sabtu lalu itu, kerosakan didapati berlaku pada bahagian bumbung kolah mandi pelajar lelaki serta bumbung dan siling dapur dewan makan asrama.- nasionalkini.my

IMG 20230809 145659 800 x 500 pixel

Jumpa kepala babi depan bilik gerakan PN

IMG 20230809 160905 800 x 500 pixel

ACIGOLD perkenal aplikasi ACI CHAT