in

Perak perluas guna Starlink

Gambar oleh Sinar Harian

KAMPAR, 1 September – Kerajaan Perak berhasrat memperluaskan penggunaan peranti satelit Starlink dalam usaha menyediakan kemudahan capaian internet lebih baik terutama di beberapa kawasan pedalaman di negeri itu.

Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Mohd Azlan Helmi Helmi berkata, penggunaan peranti mudah alih dan praktikal itu dapat menyelesaikan isu capaian internet sekali gus mewujudkan akses yang lebih luas serta pantas kepada penduduk.

“Kerajaan negeri akan menganjurkan perbincangan dengan Fahmi Fadzil (Menteri Komunikasi dan Digital) kalau Starlink ini boleh diperluaskan di banyak kawasan luar bandar di Perak kita mengalu-alukan.

“Namun begitu ada beberapa cabaran yang perlu dilihat antaranya kos membiayai Starlink ini, kelajuan capaian internet dan lain-lain yang perlu diperhalusi.

“Perkara ini bagaimanapun masih dalam perbincangan namun mekanisme penggunaan peranti ini dijangka dapat menyelesaikan banyak masalah di kawasan luar bandar,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan laman web Press Rider, Jabatan Kewartawanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), di sini hari ini.- nasionalkini.my

Ahmad Terrirudin dilantik Peguam Negara

Kamarul Zaman

Angkara rosakkan poster PRK, warga emas ditahan polis