in

MATTA Fair Perak sasar jualan RM23 juta

Gambar hiasan

IPOH, 13 Ogos – Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) yakin dapat mencapai sasaran sebanyak RM23 juta selepas mencatatkan jualan sebanyak RM10 juta pada hari pertama penganjurannya.

Pengerusi MATTA Fair Perak, Wendy Shin Wen Ying berkata, pameran edisi ke-31 itu telah berjaya menarik kehadiran lebih 20,000 pengunjung setakat ini.

“Dengan kehadiran pengunjung yang memberangsangkan, kita dapat mencapai jualan dianggarkan RM10 juta pada hari pertama pameran.

“Kita percaya sasaran itu dapat dicapai jika berjaya mengekalkan momentum yang sama dengan penawaran menarik disediakan di lebih 100 reruai melibatkan lebih 30 organisasi termasuk Tourism Perak dan Tourism Pahang,” katanya kepada Sinar Harian.

Menerusi MATTA Fair ini, penggiat industri pelancongan digalakkan mengambil peluang menjadikan Perak sebagai destinasi pilihan utama sesuai dengan Tahun Melawat Perak 2024.- nasionalkini.my

yb johor

Mangsa dera akan diserah kepada waris – JKM

Agong berkenan berangkat majlis santapan alumni RMAS