in

Ahmad Terrirudin dilantik Peguam Negara

IMG 20230901 153230 800 x 500 pixel
Gambar oleh AGC

KUALA LUMPUR, 1 September – Peguam Cara Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh dilantik sebagai Peguam Negara yang baharu berkuat kuasa 6 September ini.

Pelantikan itu bagi menggantikan Tan Sri Idrus Harun yang akan tamat tempoh lantikan secara kontrak pada 5 September ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, berkata pelantikan Ahmad Terrirudin yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong selaras Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

“Kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tan Sri Idrus Harun atas perkhidmatan beliau kepada negara selama beliau memegang jawatan sebagai Peguam Negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.- nasionalkini.my

IMG 20230901 144918 800 x 500 pixel

Agong, Permaisuri zahir takziah anggota RELA Negeri Sembilan

IMG 20230901 155403 800 x 500 pixel

Perak perluas guna Starlink