in

Angkara rosakkan poster PRK, warga emas ditahan polis

Kamarul Zaman
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, penahanan suspek yang berusia 62 tahun itu dilakukan kira-kira 5.35 pagi kerana dipercayai merosakkan bahan kempen

JOHOR BAHRU, 1 September – Gara-gara merosakkan poster sebuah parti politik yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRK) Parlimen Pulai, seorang warga emas ditahan polis.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, penahanan suspek yang berusia 62 tahun itu dilakukan kira-kira 5.35 pagi kerana dipercayai merosakkan bahan kempen tersebut menggunakan senjata tajam, Selasa lalu.

“Suspek yang juga seorang pemandu bas kilang ditahan di kawasan Skudai Kiri, Tampoi.

Turut dirampas sehelai bendera parti politik, sebilah pisau berukuran 34 sentimeter, sebuah kamera ‘dashboard’, sebuah bas kilang dan sebuah telefon bimbit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kamarul memberitahu suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan. Jika disabit kesalahan suspek boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.,” katanya

Justeru beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan sebarang jenayah selain bertindak professional dan tidak sesekali melakukan keganasan sepanjang kempen PRK. – nasionalkini.my

Perak perluas guna Starlink

MBS sita makanan basah, sayur dijual warga asing