in

Pengutip tin rayu bantuan untuk anak angkat

Hock Teng bersama anak angkatnya, Jun Yee yang menderita sakit tulang belakang sejak berusia empat bulan - Gambar oleh KOSMO

MELAKA, 11 Ogos – Meskipun kehidupannya serba kekurangan de­ngan hanya bekerja sebagai pe­ngutip tin dan kotak, seorang lelaki tetap cekal menjaga anak angkatnya yang juga orang kelainan upaya (OKU terencat) yang diserahkan kepadanya sejak 16 tahun lalu.

Teo Hock Teng, 58, berkata, anaknya, Lee Jun Yee menghidap penyakit tulang belakang sejak kecil dan kini keadaannya semakin membimbangkan dan memerlukan rawatan susulan berkala di hospital.

Ujarnya, dia bagaimanapun khuatir tidak dapat menampung sepenuhnya perbelanjaan rawatan anak istimewa tersebut ke­rana keadaan kesihatan dirinya yang menurun sejak beberapa bulan lalu.

“Sebelum ini saya duduk di Taman Merdeka, kerja pula cari tin dan kotak kitar semula sebagai sumber pendapatan kami dua beranak tetapi sekarang memang sudah tidak larat.

“Saya juga telah pindah duduk bersama emak saya di Banda Hilir sejak bulan lalu.

“Sebab itu saya risau tidak dapat menampung kos rawatan susulan Jun Yee yang menelan belanja RM200 setiap kali ke hospital lebih-lebih lagi apabila doktor maklumkan dia mungkin perlu menjalani pembedahan,” katanya ketika ditemui KOSMO di Bandar Hilir di sini.

Turut bersama menyantuni dua beranak itu adalah Lion Club Tanjung Bidara yang menyerahkan sumbangan orang ramai kepada Hock Teng.

Mengulas lanjut, Hock Teng memberitahu, anak OKU itu dijaganya sejak dia dilahirkan dan disahkan menghidap penyakit tulang belakang ketika mencecah usia empat bulan.

“Sebelum ini Jun Yee memang tidak boleh bangun dan hanya terlantar.

“Dia juga dapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada 2009 untuk kategori pesakit terlantar.

“Namun sumbangan itu dihentikan pada 2017 selepas anak saya ini mampu berjalan.

“Anak ini boleh mendengar tetapi tidak boleh bercakap, dia juga menggunakan lampin pakai buang dan minum susu jenama Pediasure,” katanya.

Ujarnya, dia kini dalam proses untuk membuat permohonan semula kepada JKM bagi pihak anaknya itu. Orang ramai yang ingin menyumbang boleh me­nyalurkan bantuan menerusi nombor akaun 10402700245761 RHB Teo Hock Teng.- nasionalkini.my

Pemandu teksi ditemui mati dengan kesan tikaman

Boleh tunai solat Jumaat di surau SK Senderut mulai hari ini