in

Pemandu teksi ditemui mati dengan kesan tikaman

Gambar hiasan

KUALA NERUS, 11 Ogos – Seorang lelaki ditemui mati dengan beberapa kesan kecederaan di bahagian belakang dalam kejadian berhampiran Klinik Kesihatan Seberang Takir di sini, malam tadi.

Mangsa berusia 51 tahun itu ditemui di tempat duduk belakang di dalam sebuah teksi dengan keadaan berlumuran darah.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din, berkata pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang awam pada jam 10.56 malam memaklumkan terdapat sebuah teksi berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, sepasukan pegawai dan anggota ke lokasi kejadian sebelum pemeriksaan mendapati terdapat dua lelaki dalam kenderaan itu.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat seorang lelaki dalam keadaan pakaiannya berlumuran darah di tempat duduk pemandu manakala seorang lagi lelaki yang cedera parah dan tidak bergerak berada di tempat duduk belakang.

“Pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian menjalankan pemeriksaan dan mengesahkan mangsa yang berada di tempat duduk belakang sudah meninggal dunia.

“Polis turut merampas sebilah pisau yang ditemui di pelapik kaki pemandu untuk siasatan lanjut,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, lapor BH.

Abdul Rahim berkata, siasatan awal mendapati mangsa adalah pemandu teksi berkenaan manakala suspek berusia 29 tahun adalah penumpang.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk bedah siasat.

“Pagi ini, suspek akan dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan permohonan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.- nasionalkini.my

33QM7PN highres e1691672023892 640x400 1

12 gabenor di Tebing Barat dan Gaza dipecat

Pengutip tin rayu bantuan untuk anak angkat