in

Kerajaan sedia RM1.2 bilion untuk OKU

IMG 20230722 084221 800 x 500 pixel
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 13 Oktober – Kerajaan terus memberi perhatian terhadap kebajikan Orang Kurang Upaya (OKU) dengan menyediakan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion untuk golongan itu menerusi Belanjawan 2024.

Peruntukan itu antara lain akan meningkatkan kadar elaun 18,000 pelatih OKU yang mengikuti Program Pemulihan Dalam Komuniti kepada RM300 sebulan berbanding RM150 diterima sebelum ini.

Selain itu, peruntukan berkenaan juga akan disalurkan bagi penjagaan OKU kronik terlantar, OKU tidak upaya bekerja dan elaun pekerja OKU.

“Bagi memberikan manfaat kepada usahawan OKU mikro, kemudahan pembiayaan khas oleh Bank Simpanan Nasional, turut disediakan sebanyak RM50 juta,” katanya.- nasionalkini.my

IMG 20231012 150214 6 x 4 inch

Cabaran Memancing Pahang 2023 untuk Palestin

IMG 20231029 100735 6 x 4 inch

Henti viral video kesilapan ucapan MB Pahang