in

25 OKU penglihatan tawan Bukit Kerinchi

Gambar oleh Sinar Harian

KUALA LUMPUR, 3 September – Sekumpulan orang kurang upaya (OKU) penglihatan membuktikan mereka mampu melakukan aktiviti pendakian yang sinonim dengan mereka yang normal.

Menerusi program #HikeSomethingNice anjuran Zubedy (M) Sdn Bhd dengan kerjasama Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) dan Malim Gunung Perhutanan Selangor (MGPS) yang berlangsung di Taman Rimba Bukit Kerinchi hari ini, seramai 25 OKU penglihatan berjaya menawan bukit setinggi 233 meter itu.

Pengurus Besar Zubedy (M) Sdn Bhd, Aby Mahmood berkata, kesinambungan kempen #SaySomethingNice yang bermula 31 Ogos hingga 16 september ini dapat memupuk semangat perpaduan dan menyatukan masyarakat dengan golongan istimewa.

Aby berkata, selain SBM dan MGPS, program yang disertai seramai 50 orang itu turut mendapat kerjasama daripada Vida, Tedboy, St John Ambulans dan Raska Adventure.

Sementara itu wakil MGPS, Muhammad Fiqri Omar berkata, pengalaman pertama kali membantu OKU penglihatan melaksanakan aktiviti riadah amat menakjubkan.

“Mereka mendengar setiap butir arahan yang diberikan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku dan kerjasama yang diberikan oleh peserta amat baik,” ujarnya.- nasionalkini.my

Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga enam maut kemalangan

Agong, Permaisuri serlah keperibadian mesra rakyat