CHUKAI, 5 Julai – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) baki dua mangsa fenomena kepala air di Jeram Air Putih di sini, diteruskan malam tadi dalam skala lebih kecil.
Timbalan Pengarah Bomba Terengganu, Mohd Khariri Mat Resad @ Arshad berkata, pencarian hanya tertumpu di sektor C berdasarkan maklumat dan petunjuk diperoleh.
Beliau berkata, radius pencarian merangkumi jarak 20 kilometer (km) sehingga muara Sungai Kemaman, membabitkan 20 pegawai dan anggota.
“Kita membuat pencarian di sektor C kerana kawasan ini berisiko rendah.
“Keselamatan anggota amat diutamakan ketika menjalankan operasi dan pencarian akan dihentikan jika hujan,” katanya kepada BH.
Beliau turut menyertai operasi berkenaan, malam tadi.
Mohd Khariri berkata, pencarian menggunakan tiga bot bagi melakukan pemantauan di sungai.
Operasi bermula jam 9 malam sebelum ditangguhkan kira-kira jam 12 tengah malam tadi dan akan disambung pagi ini.
Dua mangsa yang belum ditemui ialah Putri Nor Fatin Karim, 14, dan Muhammad Fikri Saliman, 24. – nasionalkini.my
BERITA BERKAITAN