KEMAMAN, 7 Julai – Satu lagi mayat tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Kemaman ditemui pasukan operasi mencari dan menyelamat, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, mayat dipercayai seorang lelaki, ditemui kira-kira jam 9.20 pagi tadi.
Menurutnya, mayat itu ditemui pada jarak kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian terdampar di beting pasir, lapor BH.
“Pasukan operasi mengambil masa selama dua jam untuk membawa keluar mangsa.
“Bagaimanapun, identiti dan jantina sebenar mangsa masih belum dipastikan lagi tetapi kita percaya mayat itu adalah seorang lelaki,” katanya kepada pemberita di Pusat Kawalan Operasi di Balai Air Putih, hari ini.
Hanyan berkata, mayat mangsa akan dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk proses pengecaman dan bedah siasat.
Dua mangsa yang masih hilang ialah Putri Nur Fatin Karim, 14, dan Muhammad Fikri Saliman, 24, yang berasal dari Batu Pahat, Johor. – nasionalkini.my
BERITA BERKAITAN