in

Operasi CIQ Johor makin cekap

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi meninjau operasi CIQ di Bangunan Sultan Iskandar, Johor

Oleh Luth Adwa

JOHOR BAHRU, 5 Julai – Usah berpeluk tubuh walaupun pengoperasian di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) Iskandar Puteri semakin cekap dan baik.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata, beliau menerima maklum balas positif berhubung kecekapan dan kesiapsiagaan pengoperasian di pintu masuk itu.

Katanya, isu kesesakan di laluan antara Johor dan Singapura dapat ditangani dengan lebih baik dan berkesan hasil kerjasama strategik dan berterusan semua pihak.

“Meskipun isu kesesakan ini semakin baik di kedua CIQ, ini tidak bermakna kita semua sudah boleh berpeluk tubuh.

“Komitmen perlu diteruskan dan tahap kesiapsiagaan perlu dikekalkan bagi memastikan operasi keluar masuk sempadan negara berjalan lancar.

“Ini penting agar ia dapat menjamin kesejahteraan rakyat dan pengembara serta meningkatkan imej Johor dan Malaysia di mata dunia,” katanya di sini hari ini.

Onn Hafiz berkata, kerajaan negeri menzahirkan penghargaan kepada semua agensi yang membantu memastikan kelancaran di CIQ terbabit. – nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

WhatsApp Image 2023 07 04 at 10.21.40 PM

Jenazah tujuh sekeluarga selamat tiba di Felda Lepar Hilir 3

Jumpa kokain di Rumah Putih