in

Johor bantu remaja hilang enam ahli keluarga dalam kemalangan

JOHOR BAHRU, 3 September – Kerajaan Johor bersedia membantu remaja lelaki yang kehilangan ibu bapa dan empat adik-beradiknya akibat kemalangan di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, Jumaat lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, kisah tragis itu memberi kesan kepada Abdul Rahman Amir Ruddin, 19, apatah lagi kehilangan ibu bapa serta empat adiknya sekelip mata.

“Semua pasti mengetahui berita kemalangan lori treler yang mengakibatkan kematian enam sekeluarga semalam (Jumaat).

“Suaminya seorang imam (Amir Ruddin) dan isterinya (Norahimah) seorang guru KAFA. Kedua-duanya amat dekat di hati saya sebab mereka adalah kakitangan di bawah portfolio saya.

“Pada masa sama, kita akan bantu anak muda ini (Abdul Rahman) sekiranya ada bantuan yang dapat kita usahakan, kita juga tadi (semalam) serahkan sumbangan tanda berkongsi kesedihan,” katanya dalam hantaran menerusi laman Facebook malam tadi,lapor KOSMO.

Semalam, Mohd Fared bersama-sama Pegawai Daerah Muar Hasrin Kamal Hashim dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Balang Selamat Takim melawat Abdul Rahman di Kampung Parit Lapis, Parit Jawa, Muar.- nasionalkini.my

Kembara Kenali Borneo bermula

Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga enam maut kemalangan