in

Jenama Tyhany kekal bertahan lebih 12 tahun

BAGI golongan wanita, pemilihan tudung bersesuaian menjadi keutamaan apabila ingin melakukan rutin harian.

Tidak kira untuk ke pasar atau beriadah bersama keluarga, jenis material digunakan untuk tudung yang dipakai sangat penting bagi memberi keselesaan kepada mereka.

Bagi pengasas tudung menggunakan jenama Tyhany, Hartati Abdul Jalil, perkara itu sentiasa menjadi pertimbangan pihaknya sejak 12 tahun lalu.

“Kita mulakan perniagaan secara kecil-kecilan dan menggunakan material terbaik untuk memberi kepuasan kepada pelanggan.

“Walaupun kualiti produk Tyhany diberi keutamaan, namun kita cuba memastikan harga ditawarkan kepada pelanggan juga kekal berpatutan,” katanya kepada wakil nasionalkini.my baru-baru ini.

Pengasas Tyhany, Hartati Abdul Jalil

Hartati adalah anak kelahiran Johor Bahru, Johor dan pernah bertugas sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan di Malaysia sebelum memilih untuk menceburi bidang perniagaan.

Jenama Tyhany memiliki tiga cawangan dan tiga kiosk di sekitar bandar raya Johor Bahru sebelum pandemik COVID-19 melanda negara.

Kini, Hartati berkata, dia menumpukan perniagaan diusahakan itu melalui jualan secara dalam talian.

“Kita juga mempunyai ejen ‘dropship’ di seluruh negara, termasuk di Singapura dan Brunei,” katanya lagi.

Jenama Tyhany kekal bersaing di pasaran kerana penjagaan kualiti dilakukan pihak Hartati yang dibantu lima pekerja.

Harga tudung dihasilkan pula sangat berpatutan, bermula RM35 hingga RM89.

“Kita juga menerima tempahan dari syarikat korporat, agensi kerajaan dan swasta serta persatuan atau badan bukan kerajaan (NGO).

“Semua tempahan dan pertanyaan berkaitan tudung Tyhany boleh dibuat melalui media laman sosial Instagram dan Facebook kami,” katanya.- nasionalkini.my

Agong dijangka rasmi Kompleks Mahkamah Syariah Sabah

uum

UUM gubal garis panduan yang lebih komprehensif berkaitan aktiviti kebudayaan