in

Raja Muda Selangor tawan Kilimanjaro

Gambar oleh Selangor Royal Office

SHAH ALAM, 9 September – Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berjaya menamatkan misi pendakian dan menakluki puncak Gunung Kilimanjaro di Tanzania, semalam.

Menurut kenyataan rasmi Selangor Royal Office, ekspedisi cetusan Tengku Amir Shah itu bertujuan mengumpul dana bagi menubuhkan sebuah pusat penjagaan kanak-kanak-kanak yang berdepan masalah pendengaran dan bantuan pertuturan di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam.

“Ekspedisi pendakian Tengku Amir Shah ke puncak Gunung Kilimanjaro adalah setinggi 5,895 meter.

“Baginda diiringi sepupunya, Engku Panglima Setia Diraja Datuk Syed Haizam Jamalullail; kekanda ipar baginda, Datuk Setia Aubry Rahim Mennesson; Orang Besar Istana, Tengku Ezrique Ezzuddean dan rakan baginda, Keong Yeen Keoh.

“Antara penggerak utama misi meraih dana menerusi ekspedisi ini yang bermula pada 31 Ogos 2023 lalu, adalah berpunca daripada kos rawatan tinggi yang terpaksa dihadapi oleh keluarga kanak-kanak yang berdepan masalah pendengaran dan pertuturan.

“Ini termasuk anak perempuan kepada Syed Haizam yang menghidapi masalah sama sejak usia 3 tahun,” menurut kenyataan itu.

Pada tahun 2012, ekspedisi pendakian hampir sama ke Gunung Kinabalu, Sabah yang turut disertai Tengku Amir bersama 23 kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) dari Cheshire Home.- nasionalkini.my

Van Dijk kena denda 100,000 pound, gantung satu lagi perlawanan

FB IMG 1694222141121 1

Kerajaan Pahang warta Hutan Taman Negeri Lubuk Yu