KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Sebanyak 5,711 pendakwah telah memperoleh tauliah mengajar agama Islam di Selangor oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sehingga 6 April lalu.
Daripada jumlah tersebut seramai 3,922 melibatkan pendakwah lelaki, manakala selebihnya 1,789 merupakan penceramah wanita.
“Statistik turut menunjukkan daerah paling tinggi menerima pentauliahan adalah Petaling dengan 1,496 individu diikuti Hulu Langat (1,218) dan Gombak (830).
“Sebarang penggantungan dan penarikan tauliah mempunyai tempoh dan ada ruang untuk pihak membuat rayuan.
Keputusan mengenainya akan ditetapkan menerusi sebuah jawatankuasa khas,” katanya seperti dipetik kosmo, hari ini
JAIS pada masa sama berkata, penggantungan atau penarikan balik tauliah mengikut peraturan 17, Peraturan-Peraturan Tauliah Negeri Selangor termasuk mengajar tidak mengikut kategori tauliah yang diluluskan.
“Berdasarkan peraturan itu, pembatalan juga dibuat sekiranya pendakwah memberi tafsiran tidak tepat, keliru atau menyeleweng seperti ayat al-Quran atau hadis mengikut logik dan rasional akal semata-mata selain kandungan ceramah berkaitan politik kepartian,” jelasnya.
Pihaknya akan sentiasa memberi makluman terkini berkaitan keputusan penarikan balik dan penggantungan tauliah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) kepada pihak bertanggungjawab untuk melaksanakan penyeliaan dan pemantauan setiap daerah.
Katanya individu yang didapati mengajar agama Islam tanpa tauliah di Selangor boleh didenda sehingga RM3,000 atau dipenjarakan. – nasionalkini.my