in

Lepasan SPM jadi ‘duta’ Melaka

Ab Rauf menandatangani plak perasmia butik Coach Airways di Freeport A’ Famosa Outlet (FAO), Alor Gajah, Melaka hari ini

Oleh Yusuf Shafie

MELAKA, 18 Jun – Sekurang-kurangnya 500 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dilantik sebagai ‘duta’ pelancongan negeri di bawah program Melaka Volunteer.

Mereka akan mempromosikan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) tahun depan.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, buat permulaan, seramai 500 remaja itu akan dilatih sebagai jurucakap kepada pelancong.

“Untuk permulaan, kita akan lantik 500 pelajar lepasan SPM ini, beri mereka kursus mengenai sejarah dan tempat menarik di Melaka supaya dapat membantu kita menarik lebih ramai pelancong sempena TMM2024.

“Perkhidmatan ini diberikan secara sukarela yang secara tidak langsung dapat menyemai semangat kemerdekaan negara bermula di Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan butik Coach Airways pertama di dunia berkonsep di dalam pesawat Boeing 747 di Freeport A’ Famosa Outlet (FAO), di sini hari ini.

Hadir sama, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman, Ketua Pengarah Lembaga Pengalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) Datuk Dr. Ammar Abd. Ghapar dan Pengarah Urusan FAO, Datuk Julian Lau.

Mengulas lanjut Ab Rauf yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Bidara berkata, Coach Airways yang turut mencatatkan nama dalam The Malaysia Book of Records (MBOR) itu menjadi antara produk kebanggaan negeri.

“Coach Airways ini menarik kerana diubahsuai daripada pesawat Boeing 747 yang lengkap dengan tempat untuk bergambar dan mempunyai kafe.

“Malah, saya diberitahu produk Coach di sini juga dijual dengan harga promosi dan terdapat koleksi khas yang hanya dijual di Coach Airways sahaja,” katanya. – nasionalkini.my

Transisi Ramli Sarip terlalu istimewa

usahawan kecil

1,553 pemohon I-Push Fasa 2 lepasi tapisan