in

Shoutul Muhibbin wakil Pahang ke peringkat Kebangsaan

IMG 20230827 150524 800 x 500 pixel
Kumpulan Shoutul Muhibbin dari Sekolah Rendah Islam Tahfiz Integrasi Sempurna (SRITIS) mewakili Pahang dalam pertandingan Mahrajan Amal Islami peringkat Kebangsaan

KUANTAN, 27 Ogos – Kumpulan Shoutul Muhibbin dari Sekolah Rendah Islam Tahfiz Integrasi Sempurna (SRITIS), dekat sini, mencipta nama apabila muncul johan dalam pertandingan Mahrajan Amal Islami, peringkat Pahang.

Ini tahun kedua kumpulan berkenaan dipilih mewakili Pahang untuk pertandingan di peringkat Kebangsaan.

Kumpulan dianggotai lapan pelajar lelaki berusia antara sembilan hingga 12 tahun itu muncul juara dalam pertandingan peringkat negeri yang diadakan di Maahad Tahfiz Al-Furqan, dekat Temerloh, baru-baru ini.

Kumpulan Shoutul Muhibbin dari Sekolah Rendah Islam Tahfiz Integrasi Sempurna (SRITIS) mewakili Pahang dalam pertandingan Mahrajan Amal Islami peringkat Kebangsaan

Pertandingan peringkat Kebangsaan yang dijadualkan di Melaka akan berlangsung pada 8 dan 9 September depan.

Anggota kumpulan Shoutul Muhibbin dilatih oleh empat tenaga pengajar SRITIS iaitu Nurul Najihah Yusof, Nur Alyani Sakinah Mohd Alhamadi, Muhammad Syafiq Mohd Yani dan Muhammad Amirul Azhar Mohamed.

Latihan diadakan selepas waktu persekolahan dan mereka diajar menggunakan alat muzik dan nyanyian vokal.

Selain itu, Shoutul Muhibbin turut mendendangkan lagu ciptaan mereka sendiri.

Kumpulan Shoutul Muhibbin dari Sekolah Rendah Islam Tahfiz Integrasi Sempurna (SRITIS) mewakili Pahang dalam pertandingan Mahrajan Amal Islami peringkat Kebangsaan

Menjadi hasrat kumpulan itu untuk menyampaikan dan menyebarkan dakwah melalui persembahan nasyid dan mereka juga bersedia untuk menerima undangan untuk mengadakan persembahan dalam acara bersesuaian.

Sebarang urusan untuk tempahan bagi persembahan boleh dibuat dengan menghubungi Nurul Najihah Yusof di talian 011-1897 5470.- nasionalkini.my

IMG 20230827 132044 800 x 500 pixel

Pesawat tentera AS terhempas

IMG 20230827 153026 800 x 500 pixel

400 peserta ambil bahagian dalam RCC Merdeka Fun Run 2023