in ,

1,553 pemohon I-Push Fasa 2 lepasi tapisan

usahawan kecil
kerajaan negeri memberi jaminan penyaluran dana Skim I-Push fasa kedua akan dikreditkan kepada penerima yang selesai menandatangani perjanjian pembiayaan mulai 19 Jun ini.

KUANTAN, 18 Jun – Sebanyak  2,415 permohonan Dana Skim Pembiayaan Kewangan Mikro Negeri Pahang (I-Push) fasa kedua  diterima oleh kerajaan negeri sejak dibuka pada November hingga 14 Disember tahun lalu.

Daripada keseluruhan permohonan diterima, 1,553 pemohon telah berjaya melepasi kesemua tapisan termasuk di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) kata Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Indera Zulkifli Yaacob.

ezgif.com webp to jpg 2
Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Indera Zulkifli Yaacob berkata seramai 515 pemohon yang berjaya telah selesai menandatangani perjanjian Bank Muamalat selaku agensi yang menyalurkan skim pembiayaan I-Push.

“Permohonan yang memberangsangkan itu telah melalui pelbagai proses tapisan sebelum diluluskan.

“Surat kelulusan kepada pemohon yang layak telah dikeluarkan pada 2 Mei lalu kepada seramai 515 pemohon yang berjaya telah selesai menandatangani perjanjian dengan pihak Bank Muamalat selaku agensi yang akan menyalurkan skim pembiayaan ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zulkifli menambah, kerajaan negeri memberi jaminan penyaluran dana Skim I-Push fasa kedua akan dikreditkan kepada penerima yang telah selesai menandatangani perjanjian pembiayaan mulai 19 Jun ini.

Justeru, beliau menyeru kepada pemohon Skim I-Push boleh  supaya merujuk portal rasmi https://smu.pahang.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut,”jelasnya. – nasionalkini.my

Lepasan SPM jadi ‘duta’ Melaka

Untitled design 1 3

PRN: 99.7 agihan kerusi BN-PH selesai, hanya sembilan belum muktamad